Friday, May 18, 2012

Belajar itu BOSAN?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

 


Belajar. Belajar. Belajar. Bosannya. Oh tuhan, mengapakah belajar itu sungguh bosan? Mengapa? Mengapa?

 "Mungkin bagi yang sudah sedia pandai, tidaklah terasa belajar itu membosankan. Memanglah seronok, sudah dikurniakan otak yang cerdas dan akal yang panjang. Setiap soalan boleh dijawab, tutup mata sahaja. Nanti lepas sekolah, masuk universiti kemudian jadi arkitek, peguam yang berjaya serta saintis yang  bijak. Takdir sudah ditentukan untuk mereka, menjadi pandai dan berjaya."

 JANGAN KATA BEGITU!

Ingat! Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang bukan disebabkan dia GENIUS atau BIJAK atau mempunyai KELEBIHAN YANG BERLEBIHAN. Apa kelebihan mereka apabila anda dilahirkan dengan sel otak yang sama dan dilahirkan oleh manusia yang sama jantina. Saya yakin tiada yang disini dilahirkan daripada rahim bapa. Jangan salah sangka, RAHIM yang dimaksudkan bukan nama orang. RAHIM yang adalah salah satu organ dalaman wanita.

Baiklah, sambung cerita.

Belajar tidak bosan apabila cara belajar kita menyeronokkan. Jangan jadikan belajar itu adalah anda perlu memerah otak berfikir dan belajar dengan cara yang sama. JANGAN JADI STEROTAIP!

Apakah Sterotaip? Semuanya akan terjawab, di entri seterusnya. Tata.

Wabillahitaufiqwalhidayahwassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

#Saya mahu tengok SuperSpontan di Astro Warna. Malam yang rileks sebelum esok ada kelas tambahan pukul 7.00 malam. Eh, pagi. xD
10:13 malam, 18/5/2012. 






Thursday, April 19, 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Hello-hello. Tentu anda semua mahu tahu siapa saya, pemilik blog yang sangat cantik dan comel inikan? Eh, terlebih perasan pula. Maaf, sila jangan muntah hijau!

Hohoho. Ini adalah saya:

Eh! Bukan-bukan! Itu Yuna. Eh, baru perasan. Muka Yuna ada iras-iras Scha Al-Yahya. Apapun, ini adalah saya:

Hah! Ini baru betul saya. *Oh tidak, dalam gambar itu ,pipi ada jerawat. Terima kasih kerana telah menjatuhkan sahamku, jerawat. Hohohohoho.* Okey, walaupun agak malu-malu apabila menulis entri ini, harap jangan mempertikaikannya. Okey, marilah layan biodata diri saya yang tidak seberapa ini. (ewah, merendah diri pula. Menyampah!)


Nickname: Hidayah Nizam
Full name: Rahsia. Muahahahahaha.
Pekerjaan: Tolonglah. Saya masih seorang pelajar. Hohohohohoho.
Berat badan: Tolong jangan tanya. Membuatkan saya mahu mengunyah geram kentang goreng berminyak itu kerana berat badan tidak turun-turun. Mencanak naik adalah! =(

Favourite: Najwa Latif. AinMaisarah. Dan juga seseorang merangkap abang angkat saya. Hohohohoho. Bagi yang merasakan dirinya adalah insan bertuah itu, sila jangan perasan, saya bergurau sahaja. #berguraulah sangattt.#


Lagi? Emmmm. Entahlah ya. Mahu tulis apa lagi? Mahu no. telefonkah? Cuba tekan-tekan butang dan punat di telefon anda. Jika yang menjawab panggilannya saya, itu adalah no. telefon saya. Muahahahahaha.

Selamat berjumpa lagi.
Hidayah Nizam.

Wednesday, April 4, 2012

Hello! Hello! Echo!

Assalamualaikum. Selamat sejahtera. Hai. Hello. Jawab, jangan tak jawab. Okey, terover sudah. Muahahahaha.

WAJAH BARU BLOG SAYA!

Tepuk tangan-tepuk tangan!

Sudah tepuk tangan? Okey, berhenti. Tidak tepuk lagi? Tepuk sekarang. Okey, berhenti. Muahahaha. Ops,dah  merapu. Muahahahaha.

Macam mana? Cantik tak blog saya yang baru ini? Ada apa-apa cadangan? Mahu saya tambah kotak chatbox? Sila komen. Saya tidak mahu buat jika tiada siapa menyokong. Ewah! Ala-ala pilihan raya pula.

Suruh tambah header? Insyaallah, sabtu ini akan tiba motor aiskrim depan rumah saya  dan header akan cuba dipasang. Siapa yang buat header itu? Sudah tentu bukan saya. Dia ialah.....

(bunyi dram)

Nur Aina Syakirah!

Akak ni baik. (Dia form 4, yang form 5 ke atas sila pangggil dia adik ya. Muahahaha.) Sila add friend dia di facebook, jika rajin. Hohohohoho.

Kepada yang expert berblogger, sila beri pandangan anda. Apa perlu ditambah, dibuang dan segalanya yang bermula dengan 'di'. Jasamu dikenang dalam doa makanku.

Sekian daripada adik yang lawa,
Hidayah Nizam. (sila add friend saya juga. hohohohoho.)

Saturday, March 17, 2012

SELENDANG EXPRESS. =D

Assalamualaikum dan selam sejahtera,

Hai! Apa khabar anda semua? Sihat? Sakit? Demam? Pergi makan ubat. Moga cepat sembuh ya. Eh, melalut pula saya ni.

Nak tahu sesuatu? Orang selalu tanya, bagaimana mahu pakai shawl? Alah, selendang belit-belit ala-ala Yuna dan Hana Tajima itu. Tetapi mereka lebih expert. Saya, setekat lilit express tahulah. xD

Contoh selendang yang saya selalu pakai:

Hehe. Begitulah rupanya. Apa? Saya comel? hik-hik. Terima kasih. =D (eh! sudah lari tajuk. perasan lebih pula. Maaf, tolong jangan muntah hijau ya! xD)

Caranya memang tersangatlah mudah. Mari ikuti cara-cara selendang express yang semakin popular untuk orang yang hendak bergaya mengikut peredaran zaman, tetapi mahu cepat demi memenuhi jadual harian yang ketat.

Langkah 1.

Pakai serkap (jenis kain lembut seperti jersey atau lycra). Mahu pakai owning yang keras dan tebal itu boleh juga, cuma ia akan membuatkan kita nampak lebih dewasa. Alah, banyak jual di pasar malam. Ada macam-macam pilihan warna, dari warna terang sehingga warna gelap.

Langkah 2.

Pinkan hujung selendang di sebelah tepi (kanan atau kiri, ikut keselesaan.) Pin yang digunakan hendaklah kecil dan comel sahaja rupa bentuknya. Tidak perlu besar atau terlalu lebar.

Langkah 3.

Lilitkan dengan longgar, pinkan dia berhampiran pin kecil di langkah kedua tadi. Kali ini, lebih afdal rasanya untuk menggunakan pin yang besar, (seperti saya memakai pin besar berbentuk bunga warna warni itu). Untuk nampak lebih kemas, letak jarum peniti. 


Selamat mencuba! =D

Salam ingatan, 
HidayahNizam a.k.a Admin Hidayah @Fanpage AinMaisarah.







Saturday, March 3, 2012

Jalan-Jalan Cari Laptop.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Hai-Hai-Hai! Bertemu kembali kita di entri terbaru ini. Anda semua apa khabar? Saya sihat-sihat sahaja, tetapi sakit kaki kerana menjalankan aktiviti 'shopping' sejauh 6 kilometer. Haha. Seperti aktiviti balapan pula bunyinya.

Sudah beberapa hari saya dan keluarga menjelajah shopping complex mencari komputer riba. Cari punya cari... redah punya redah... jumpa juga komputer riba yang cantik menarik kau memang 'DA BOMB'. Haha. xD

Mahu tahu komputer apa?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

SONY VAIO!

Ciri-ciri:

*Warna merah jambu. <3
*Moden.
*Memang menepati citarasa!




Tiba-tiba....


Terlihat harganya. RM 2999 a.k.a RM 3000.

OH TIDAK!
OH TIDAK!
OH TIDAK!
(gema ala-ala berada di dalam gua.)

Mahalnya! Masalah terbesarnya sekarang, saya sudah jatuh cinta tergolek-golek dengan laptop ini.  Apabila lihat laptop lain, terasa tiada apa-apa yang istimewa. Betul-betul jatuh cinta pandang pertama!

Oh... biarlah saya sambung kisah __________ (boleh isi tempat kosong) ini di lain hari ya. Saya mahu buka facebook untuk mengubat jiwa yang duka lara.


-HidayahNizam a.k.a Admin Hidayah @ Fanpage AinMaisarah)

Sunday, January 22, 2012

Novelku yang masih belum siap!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Hai-hai-hai! Bertemu kembali dalam entri terbaru ini. Hari ini saya mahu masukkan novel yang masih belum siap-siap,hehehehehe. Dipersilakan memberi komen dan kritikan,ya! 

Syahilla bangun daripada tidur ketika jarum jam menunjukkan pukul 6:45 pagi.Itupun setelah mendengar bunyi ketukan pintu yang bertalu-talu dan deringan jam loceng sebanyak 3 kali. Dia segera menuju bilik air untuk menggosok gigi,mencuci muka dan mengambil wuduk bagi menunaikan solat yang tidak pernah ditinggalkan olehnya. Walau berada sehingga hujung dunia sekalipun, yang wajib tetap wajib. Perintah Allah dan arahan Al-quran tidak pernah lapuk dek zaman. Itu pegangan Syahilla yang tersemai teguh di jiwanya.
Selesai bersolat, Syahilla membuka komputer riba dan melayari laman facebook. Tiada apa-apa yang menarik selain gambar-gambar perkhemahan yang dimasukkan oleh Ustaz Syakirin.
“Di mana agaknya Asyikin dan Umairah menghilang? Bersembunyi di gua batu kapur agaknya.” Syahilla merungut apabila dua orang rakan baiknya tidak online pada masa itu.
“Tidak boleh salahkan mereka juga. Pukul 7:05 minit pagi siapalah yang akan menghadap komputer riba? Lebih baik bergulung dalam selimut dan bersenang-lenang di atas katil.” Balas satu suara yang cukup dikenalinya.
“Kakak!Mengapa masuk bilik Illa tidak ketuk pintu dahulu?” Bentak Syahilla geram.
Syuhada ketawa sebelum berkata, “Kakak mahu ajak Illa bantu ibu sediakan sarapan. Kakak kasihan lihat ibu, teman rapatnya hanyalah Kak Suraya. Jika Kak Suraya balik bercuti, ibu sudah tiada tempat mahu mengadu nasib.” Perlahan suara Syuhada mengucapkannya.
Syahilla terdiam. Ada benarnya kata Syuhada. Puan Jamilah sudah lama sendiri menanggung derita. Itu semua disebabkan ayah, lelaki yang sudah lama menghilangkan diri.
Dia mengeluh. Sehingga sekarang dia tidak mengerti mengapa rumahtangga ayah dan ibunya berantakan. Apa yang dia tahu, ayahnya lari meninggalkan keluarga sewaktu usianya baru mencecah 3 tahun. 
“Illa,Syada,mari turun. Ibu dan Kak Suraya sudah sediakan sarapan.” Suara lembut Puan Jamilah menyapa telinga dua beradik itu.
“Alah, baru sahaja berangan-angan mahu jadi chef pagi ini. Tengok-tengok sarapan sudah siap sedia.” Syuhada berseloroh.
“Jika mahu jadi chef, perlu pandai siang ikan, potong sayur dan goreng telur. Kakak masak nasi pun jadi bubur, inikan pula mahu bakar roti dan goreng mi! Ish,simpang malaikat 44!” Syahilla mempamerkan reaksi ngeri.
“Eh, itu peristiwa sebulan yang lalu. Sekarang kakak sudah pandai,tahu. Pada usia 16 tahun, itu satu pencapaian yang memberangsangkan!” Syuhada membela diri.
“Huh, tahu masak nasi pun sudah riak. Saya sudah pandai masak ayam masak merah, nasi goreng kampung dan kek yang sedapnya menjilat jari! Siapa lebih hebat, orang berusia 16 tahun atau budak yang baru berumur 14 tahun? ” Kata-kata Syahilla itu jelas masuk bakul,angkat sendiri. Membuatkan Syuhada tercebik-cebik bibirnya. Namun dia tahu, adiknya memang berbakat dalam bidang masakan. Tiada siapa boleh menafikannya.
“Ish,sudah-sudahlah bertengkar. 24 jam asyik bergaduh sahaja kerjanya.” Puan Jamilah sudah mula membebel. Tangan kanannya dicekakkan ke pinggang, memarahi dua beradik yang tidak pernah surut pergaduhannya.
Syuhada dan Syahilla diam. Namun kening masing-masing dinaikkan, mengisyaratkan ‘perang’ masih belum berakhir!
***



Tuesday, October 25, 2011

Roller Coaster-Roaller Coaster yang paling mengerikan!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Mungkin bagi sesetengah orang Roller Coaster yang berada di Genting Highland dan Time Square sudah cukup-cukup laju dan menggerunkan.Namun,anda haruslah melihat tahap kelajuan dan kecuraman Roaller coaster di bawah ini.

Milennium Force


Intimidator 305

Steel Dragon

Superman-Ultimate Flight
Tower Of Terror

Dodonpa

Top Thrill Dragster

Playground-Boadilla del monte,Spain

Ring Racer

Formula Rossa


Amacam,ada berani nak naik???Hahahahahah...