Thursday, February 3, 2011

My Beloved Family....

Salam 1 malaysia kepada sahabat-sahabat saya yang amat friendly..

Rakan-rakan yang amat saya kasihi(nak bermadah pulak aku ni.Tak pasal-pasal aku marah diri sendiri.DUSH!)ok,kembali kepada cerita asal,anda semua pasti ada familykan?Mestilah ada...tak kan tak ada kot...tipulah kalau tak ada...
Ok,hari ini saya nak cerita pasal nenek.Nenek salah seorang ahli keluarga kita,namun rasanya sering dilupakan... Nenek saya dahulu seorang tukang masak atau nama glamornya chef.Kini,nenek sudah 'bersara' memasak untuk pelanggan,namun sering memasak untuk kami.Sekarang nenek hanya memantau kafe milik pakcik saya,'Santai Cafe' yang terletak di Ayer Itam,Johor.Kira sekarang ni nenek boslah...ops..ibu kepada bos.hehehehehe....

Ok,nenek seorang yang rapat dengan saya,memandangkan saya sekeluarga tinggal sebumbung dengan nenek.Sejak atuk saya meninggal dunia,nenek tinggal dengan kami di Damansara Damai,Selangor.Hanya sekali sekala nenek balik kampung untuk menziarahi sanak-saudara.sekali gus Ini adalah gambar saya dan nenek saya.

Yang sebelah kiri tu nenek,yang lagi satu saya tau!Jangan salah anggap...

Kami masa ni di Taman Metropolitan Kepong.Nenek sedang makan karipap..buatannya sendiri dan cucunya ini...huhuhuhu....

Pada masa itu,ada karnival yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat gergasi.Kami tak tahu pun ada karnival oleh syarikat itu,namun kami cuma nak main sofbol,bola dan skipping.Sofbol ialah sesuatu permainan yang menyerupai besbol dan..nantilah cerita.Mana saya tahu permainan ini?Saya wakil sekolah dalam permainan sofbol..eh!!ini sudah lari tajuk!!Kembali kepada tajuk yang asal..nampaknya  kena u-turn,memandangkan sudah silap jalan..huhuhuhu

Saya rasa,dah cukup untuk saya berhenti,kan??Saya bagi peluang untuk anda semua beri komen dan bagilah saya peluang nak layan Facebook a.k.a Muka Buku,kan??Heheheh.Sekian.wassalam.

No comments:

Post a Comment